Friday 19 April 2013

Big6 Skills



  •   Dibangunkan oleh Mike Eisenberg dan Bob Berkowitz.
  •   Pendekatan paling terkenal dan digunakan secara meluas untuk mengajar kemahiran maklumat dan kemahiran teknologi di dunia.
  •  Digunakan di sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi, program-program latihan korporat dan lain-lain program.
  •  Model penyelesaian masalah ini digunakan apabila seseorang itu memerlu dan menggunakan maklumat.
  •  Model ini juga mengintegrasikan proses carian maklumat dan kemahiran penggunaan alat-alat teknologi dalam kaedah yang bersistematik untuk mencari, menggunakan, memohon, dan menilai maklumat untuk keperluan dan tugas-tugas tertentu.
  •  


1. Menentukan (Task Definition)
  1.1 Kenalpasti masalah/maklumat
  1.2 Kenalpasti maklumat yang diperlukan

2. Mencari (Information Seeking)
  2.1 Kenalpasti semua sumber yang munasabah
  2.2 Pilih sumber terbaik

3. Memilih (Location and Access)
  3.1 Sumber lokasi (intelektual & fizikal)
  3.2 Cari maklumat dalam sumber yang telah dikenalpasti

. Menggunakan/Mengurus (Use of Information)
  4.1 Penglibatan (baca,dengar,lihat, sentuh)
  4.2 Ambil maklumat yang releven

5. Menyampaikan (Synthesis)
  5.1 Susunatur maklumat dari pelbagai sumber.
  5.2 Sampaikan maklumat yang didapati.

6. Menilai Kembali (Evaluation)
  6.1 Nilai hasil maklumat (keberkesanan)
  6.2 Nilai proses pencarian maklumat (Kecekapan)\

JENIS SUMBER/BAHAN YANG BOLEH MEMBERI MAKLUMAT


              1.  Jurnal
              2.  Laporan /Statistik
              3.  Kertas Kerja
              4.  Paten
              5.  Standard/Piawaian
              6.  Tesis/Disertasi
              7.  Katalog Perdagangan
              8.  Ensiklopedia
              9.  Kamus
            10.  Tesaurus
            11.  Atlas/Peta
            12.  Gazetiar
            13.  Brosur/Risalah
            14.  Akhbar
            15.  Majalah/Buletin
            16.  Buku Teks/Rujukan
17.  Buku Tahunan
18.  Monograf
19.  Buku Log/Diari
20.  Kitab Suci/Hadith
21.  Almanak
22.  Indeks
23.  Abstrak
24.  Bibliografi
25.  Ulasan/Resensi
26.  Direktori
27.  Biografi
28.  Buku Panduan/Manual
29.  Pangkalan Data Dalam Talian
30.  Internet
31.  CD-ROM


Sunday 14 April 2013

SEMINAR INTEGRITI

Seminar Integriti Warga Pendidik Daerah Perak Tengan 2013.
anjuran bersama 
Institut Integriti Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia 
dengan Kerjasama Jabatan Pelajaran Perak.

13 April (Sabtu)
SMK Dato' Seri Maharaja Lela, Kg. Gajah.

IKRAR INTEGRITI MALAYSIA
Kami rakyat Malaysia yang merdeka dan berwawasan, dengan tulus dan suci hati, berikrar, memantap dan memperkukuhkan maruah dan integriti kami, keluarga dan masyarakat, agama, bangsa dan negara kami.
Ke arah itu kami berikrar:
  • Mematuhi sepenuhnya perlembagaan persekutuan dan undang-undang.
  • Mematuhi dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
  • Mempertingkatkan integriti dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan beretika.
  • Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk mencegah sebarang perlakuan jenayah, salah laku dan perbuatan tidak berintegriti.
  • Menyokong dan bekerjasama bagi mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menggugat integriti masyarakat dan negara, dan
  • Membudayakan integriti sebagai amalan hidup harian secara individu dan berpasukan.


 



Friday 12 April 2013

BAIKPULIH BANGUNAN

Proses baikpulih bangunan sekolah bermula cuti semester Mac lalu. Tahniah kepada warga SKDS.Syabas kepada guru-guru yang akan mengelolakan bilik-bilik khas dan kelas-kelas di blok ini.

Selamat berdekorasi...




Sunday 7 April 2013

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN


KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS PSS 2013

TARIKH: 27 FEBRUARI 2013
HARI: RABU
MASA: 8.00 PAGI— 5.00 PETANG
TEMPAT: DEWAN MILLENNIUM,KG GAJAH
ANJURAN BERSAMA:
BTN JABATAN PERDANA MENTERI

 ATUR CARA MAJLIS
7.30  pagi       :  Pendaftaran
8.00 pagi        :  Ceramah Pertama “ Ciri-ciri Pelajar
                           Cemerlang” oleh Wirajaya Excelence Consultancy 
 9.00 pagi       :  Ceramah Kedua “Pengurusan Masa”
10.00 pagi       :  Rehat
10.30 pagi       :  Ceramah Ketiga “Kemahiran Belajar”
12.30 tgh         :  Rehat
2.15 ptg           :  Pendaftaran Pelajar dan Ibubapa.
                       :   Bacaan Doa
                       :  Ceramah Motivasi Ibu Bapa
                       :  Nyanyian Lagu “Nyalakan Tekad”
                       :  Akujanji Pelajar Tahun 6.
                       :  Penyampaian Watikah Perlantikan
                           Ketua Pengawas dan Penolong 
                           Ketua Pengawas 2013.
                       :  Penyampaian Sijil
                       :  Ucapan Perasmian Penutupan Oleh
                          PK Pentadbiran-En Noraini b. Samad
                       :   Jamuan Ringan dan Bersurai.

LAGU  :  NYALAKAN TEKAD

NYALAKAN AZAM MEMBUMBUNG
PADUKAN TEKAD NAN WAJA
SONGSONGI OMBAK BERGULUNG
MENUJU KE PULAU CITA

SETITIK JADIKAN LAUT
SEKEPAL JADIKAN GUNUNG
NAMA KELAK DISEBUT
JASA KELAK DISANJUNG

NYALAKAN TEKAD DI HUJUNG CITA
SAMA MUAFAKAT KEPUNCAK JAYA
SEMBAH SETIA SEPENUH JIWA
UNTUK NUSA DAN NEGARA

KAN MEGAH LANGIT DIJUNJUNG
RELA BUMI NAN DIPIJAK
KAN MEGAH IBU MENGANDUNG
PUTERA PUTERINYA  BERJASA








Friday 5 April 2013

DEKAT DISAYANG, JAUH DIKENANG.

Majlis Perpisahan En. Yal Khattab b. Abdul Ghani PK HEM SKDS. Bertukar ke SK Toh Paduka Raja Teluk Sareh mulai 8 April 2013 sebagai Guru Besar. Tahniah diucapkan. Terima kasih atas segala usaha dan pengorbanan cikgu semasa bertugas di sini. Semoga cikgu terus mencurahkan bakti di sekolah baru. Usah dilupakan kami di sini....

'Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Di SKDS kita berjumpa lagi.


"PERGINYA SATU, HILANGNYA SERIBU"








TAZKIRAH JUMAAT

Program Tazkirah Jumaat diadakan setiap minggu.Bermula 7.30 hingga 8.15 pagi. Pengisian aktiviti adalah seperti berikut:

  • Nasyid Asma al Husna
  • Bacaan Selawat Kepada Nabi Muhammad SAW.
  • Tazkirah :mengikut tajuk yang sesuai seperti perkara asas dalam Islam (Rukun sembahyang dsb.)yang disampaikan oleh Pengawas Sekolah dan siaraya dikelolakan oleh Pengawas PSS dan Pengawas ICT.
  • Aktiviti Kuiz berkaitan tajuk yang disampaikan.
  • Bacaan Surah Yaasin dan Ayat Juz-Amal.
  • Bacaan Doa.







Thursday 4 April 2013

TEKNIK BELAJAR



"Smart learning" atau belajar secara bijak.Jika mahu menjadi pelajar yang cemerlang,                teknik belajar hendaklah berkesan. Antara perkara utama dalam teknik belajar secara                  bijak adalah:


  • pengurusan masa belajar
  • tempat belajar adalah sesuai
  • belajar sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit sehari.
  • 30 minit pembelajaran di rumah sebelum datang ke sekolah di waktu pagi manakala              1 jam diperuntukkan untuk belajar pada waktu petang 
  • kemahiran mencatat nota, kemahiran mendengar dan kemahiran visualisasi.
  • jangan menghafal sekiranya anda tidak faham tetapi memahaminya dahulu sebelum menghafal
  • belajar bukan untuk peperiksaan tetapi belajar untuk masa hadapan
  • fokus pada proses pembelajaran dalam bilik darjah dan aktif bertanya.
  • sentiasa bersedia menghadapi peperiksaan sepanjang masa
  • setelah menelaah sesuatu topik, buat latihan daripada soalan-soalan peperiksaan tahun    lepas untuk menguji tahap pencapaian anda
  • belajar adalah berterusan dan bukannya pada masa-masa tertentu.





Tuesday 2 April 2013

Assalamualaikum...dah buat blog masa kursus April 2013