PROGRAM NILAM


a.   Peranan AJK PROGRAM NILAM

Setiap staf sekolah mempunyai peranan penting yang tertentu

o   Pengetua
o   memahami dasar dan matlamat program
o   memberi taklimat kepada guru & ibubapa
o   memastikan program berjalan lancar melalui :-
      • seliaan
      • perjumpaan dengan guru
      • temubual murid

o   penggerak kepada guru-guru untuk menjayakan program
o   mengamati masalah, kelemahan dan kejayaan program
o   menyusun dan menentukan jadual pelaksanaan program
o   mengusahakan kursus / seminar untuk guru-guru
o   delegasi kuasa mengesah dan menandatangani rekod bacaan

o   Guru Pusat Sumber Sekolah
o   membentuk pasukan kerja pelaksanaan program NILAM
o   menggred buku
o   mengagih buku berkelompok
o   memilih, menyedia dan mengedar rekod bacaan
o   menganalisis data untuk pelaporan
o   mengesah dan menandatangani rekod bacaan
o   menganjur aktiviti menyokong program NILAM

o   Guru Kelas / Tingkatan
o   terlibat secara langsung
o   mewujudkan sudut bacaan kelas
o   mendapatkan rekod bacaan dari PSS
o   mengedar buku bacaan
o   membuat pinjaman berkelompok dari PSS
o   menyemak dan merekod data
o   menyimpan dan mengemaskini rekod bacaan murid
o   mengesah dan menandatangani rekod bacaan murid
o   memastikan program NILAM berjalan mengikut rancangan

o   Guru Mata Pelajaran
o   membantu memilih bahan bacaan
o   membimbing murid membaca buku-buku fiksyen
o   menjalankan P&P yang menjurus kepada pembacaan aktif
o   mengesah dan menandatangani rekod bacaan murid

o   Ibubapa
o   menggalakkan anak-anak membaca dengan bimbingan
o   menyediakan bahan bacaan tambahan
o   membuat pinjaman bahan bacaan dari sumber lain
o   memastikan anak-anak sentiasa mempunyai bahan untuk direkod
o   mengesah dan menandatangani rekod bacaan

o   Pengawas Pusat Sumber Sekolah
o   merupakan agen penggerak program
o   membantu murid membuat pinjaman
o   membuat pameran buku
o   membantu guru data
o   mempamerkan graf-graf bacaan murid
o   mengesah dan menandatangani PSS menyediakan pinjaman berkelompok
o   membantu guru PSS menganalisis rekod bacaan murid

o   Pelajar
o   sasaran yang menentukan kejayaan program
o   membaca sebanyak mungkin
o   menentukan bacaan direkodkan
o   sentiasa mempunyai bahan bacaan
o   mendapatkan bahan bacaan dari pelbagai sumber
o   berusaha mencapai Peringkat pembacaan untuk mendapat pengiktirafan
o   menjadi rakan pembaca bila layak

  

 AKTIVITI TAHUNAN PROGRAM NILAM
SK. DATO’ SAGOR 2014

Bil.

Aktiviti

Masa

Sasaran

Objektif

Catatan

1.

Jadual Waktu Pusat Sumber.
-          Masa diperuntukkan selama 60 minit setiap minggu bagi setiap kelas.
-          Masa diambil adalah waktu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris secara bergilir-gilir.
Minggu ganjil  jadual Bahasa Melayu dan minggu genap jadual Bahasa Inggeris.

- 60 minit  
  seminggu.
- mula bulan
  Januari

- Semua murid tahap satu dan tahap dua.

- Memberi peluang kepada guru melaksanakan P&P di PSS dan membimbing murid merekodkan hasil bacan mereka.

- Tindakan Penyelaras PSS dan Guru Kelas.

2.








Pinjaman Buku Individu.
-          Pinjamam buku dibuat waktu rehat.
-          Murid  dibenarkan meminjam 2 buah buku bagi satu masa.
-          Tempoh masa pinjaman adalah selewat-lewatnya seminggu.
-          Kekerapan meminjam buku mengikut kemampuan murid.

- waktu rehat tahap satu dan tahap dua
- mula Januari.

- Semua murid tahap satu dan tahap dua.

- Memberi kebebasan kepada murid memilih buku kegemaran mereka dan menghabiskan bacaan secepat mungkin.

- Tindakan Murid dan Pengawas PSS.

3.

 

Pinjaman Berkelompok

-          Guru Kelas meminjam buku dalam kuantiti yang banyak untuk dibawa ke kelas sebagai bahan bacaan murid.


- Februari hingga Oktober.


- Semua Kelas.


- Memudahkan murid mendapatkan bahan bacaan untuk Rekod NILAM.


- Tindakan Guru Kelas dan AJK PSS.


4.

Sudut Bacaan Kelas/ Sudut Nilam.
-          Setiap kelas wajib menyediakan sudut bacaan yang menempatkan bahan bacaan mengikut inisiatif guru dan murid.

- Januari hingga November.

- Semua murid bagi sesuatu kelas.

- Perkongsian bahan bacaan menjadikan membaca lebih menyeronokkan.

- Tindakan Guru Kelas dan Ahli-ahlinya.


5.

Rangkaian Pusat Sumber.
-          Bilik-bilik Khas, Pondok Bacaan, Sudut-sudut Panitia,Laluan Ilmu menyediakan buku dan bahan bacaan .



- Januari hingga Disember.


- semua warga SKDS.


- menjadikan Sekolah Sebagai Pusat Sumber.


- Tindakan Ketua Panitia dan guru berkenaan.
Bil
Aktiviti
Masa   
Sasaran
Objektif
Catatan

6.

Program Sepuluh Minit Bacaan Pagi
-          Murid bersama bahan bacaan yang disediakan oleh panitia.
-          10 minit sebelum loceng pagi dibunyikan             (7.20- 7.30 pagi)


- Januari  hingga November.


- semua warga SKDS.


- Memberi galakan kepada murid merancang pembacaan mereka untuk Program NILAM .


-Tindakan AJK PSS, Guru bertugas mingguan,
7.
Pinjaman Pukal.
-          Guru membawa buku dalam kit pukal untuk dibawa ke kelas-kelas semasa kelas ganti.
-          Bertujuan memberi peluang kepada murid membaca buku dan membuat catatan dalam Buku Rekod Nilam.

- Mac hingga Oktober.


- semua murid SKDS.

- Menggalakkan murid membaca semua jenis buku yang dibekalkan.

- AJK PSS

8.
Hadiah Galakan.
-          Memberi sijil dan hadiah mengikut tahap pencapaian murid.
-          Gangsa, Perak, Emas dan Nilam .

- 3 kali setahun.

- murid yang mencapai tahap.

- Menguatkan semangat murid untuk terus membaca.

- Guru NILAM dan AJK PSS.

9.

Majlis Pelancaran Program Nilam.
-          Merupakan aktiviti promosi Program Nilam.
-          Dilaksanakan semasa perhimpunan mingguan.
-          Memberi penerangan kepada warga sekolah tentang prosedur perlaksanaan Program Nilam.       


17 Februari 2014(Isnin)


-semua warga sekolah.


- Bertujuan menarik minat murid untuk menyertai Program Nilam.


-Guru NILAM dan AJK PSS.


10.

Pemilihan Tokoh Nilam 2014.
-          Tokoh Nilam akan dipilih dalam kalangan murid Tahun 5. 2 orang tokoh akan dipilih  iaitu seorang Tokoh Nilam Bahasa Malaysia dan seorang Tokoh Nilam Bahasa Inggeris.
-          Tokoh akan dinilai dalam dua bahagian iaitu bahagian persembahan individu dan kumpulan.


Pemilihan akan 12 Mac 2014 (Rabu)


-Murid Tahun 5


-Melahirkan Tokoh Nilam Sekolah.
-Guru mata pelajaran dilantik sebagai jurulatih setiap kategori.



-Guru NILAM dan AJK PSS,Guru BM dan BI.

11.
Majlis Anugerah Nilam
-          Hari penganugerahan kepada murid yang menyertai Program Nilam.

 Julai 2014

-Semua warga sekolah.

-Memberi pengiktirafan kepada murid.

-Guru NILAM dan AJK PSS.

                Disediakan oleh:                                                                   Disahkan oleh:                                                                                                                             

              
             ...........................................................................................................................................................




KERTAS CADANGAN
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2013
 


1.             TAJUK
                1.1          Majlis Pelancaran Program NILAM 2013

2.            PENGENALAN
              Majlis Pelancaran Program NILAM adalah satu program yang dirancang khusus sebagai salah satu program untuk meningkatkan penglibatan murid dalam program NILAM. Program ini diadakan semasa  semester pertama setiap sesi persekolahan. Segala perkara tentang perlaksaan Program Nilam dihebahkan kepada warga sekolah untuk tindakan bersama. Selain itu program ini juga bertujuan untuk menarik minat para murid untuk mengunjungi pusat sumber sekolah sebagai tempat mendapat kan bahan bacaan untuk Progran Nilam. Program ini melibatkan semua murid dan guru.

3.             RASIONAL DAN MATLAMAT
               Tabiat membaca perlu dipupuk sedari kecil. Program NILAM merupakan program Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyokong usaha melahirkan murid yang gemar membaca. Melalui pembacaan ilmu pengetahuan dapat diperolehi dan secara tidak langsung, ia akan menghasilkan rakyat yang berilmu pengetahuan. Majlis Pelancaran Program Nilam ini merupakan pendorong kepada semua murid bagi menyertai Program Nilam dengan berkesan.

4.             OBJEKTIF
Ø  Memberi penerangan bahawa Program Nilam adalah program yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah.
Ø  Memupuk kesedaran dalam kalangan murid supaya menjadikan membaca satu amalan.
Ø  Memberi panduan kepada guru untuk menjalankan program Nilam dengan lebih berkesan.
Ø  Menjadikan sekitar sekolah sebagai tempat untuk membaca.
Ø  Menjadikan program ini sebagai program sokongan bagi semua panitia matapelajaran.

5.             SASARAN
Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 Sesi  2013

6.             TARIKH
                6 Mac 2013

7.           TEMPAT:
               Dewan Terbuka SKDS

8           AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Ahli Jawatankuasa Induk
Penasihat                            : En. Alias b. Mohd Ariff
                                                            (Guru Besar)
Pengerusi                             : En. Noraini b. Samad
                                                  (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi                  : En. Yal Khattab b. Abdul Ghani
                                                  (PK Hal Ehwal Murid)
                                             : En. Zainal Anuar b. Abdul Rashid
                                             (PK Kokurikulum)
Setiuasaha                         : Pn. Sharifah Norlila bt. Syed Damanhuri
                                                  (Guru Perpustakaan dan Media)
Naib Setiausaha                : Pn. Seri Hidayati bt. Mawardi (Guru NILAM)
Bendahari                           : Cik Zatul Itri bt. Kamaruzzaman
 AJK
Semua Ketua Panitia
Semua Guru Kelas
Guru Bestari/ICT
Guru Kaunseling
Guru Pemulihan Khas
                            
Ahli Jawatankuasa Kerja
Penyedian Tempat             : En. Zainuddin b. Badiuzzaman
                                              Pengawas PSS
Bacaan Doa                        : En. Shahrin b. Abdul Rahim
Juruacara                            : Pn. Rahimah bt. Abdul Latif
Kain Rentang /Pemplet      : Pn Seri Hidayati bt. Mawardi                              
Jurufoto                               : Pn. Hjh Zaleha bt. Arshad
                                              Pn. Azura bt. Ahmad Damanhuri
Siaraya                                : Pn. Nor Azlin b. Azizi
                                              Pn. Maizuri bt. Mokhtar
Disiplin murid                      : Semua Guru SKDS

8.             PERALATAN / KEWANGAN
8.1       Kertas A4                                = RM    10.00
8.2       Banting                                   = RM    40.00
8.3       Reben                                  = RM      5.00
·         Jumlah                                   = RM   55.00 
·         Sumber kewangan Tabung PSS
9.             STRATEGI / PELAKSANAAN
9.1      Membuat kertas cadangan.
9.2      Mengadakan mesyuarat AJK
               9.3      Mengadakan Majlis Pelancaran
               9.4      Membuat laporan.

10.        ATUR CARA MAJLIS
             7.20 pagi      : Program 10 Minit Bersama Buku
             7.30 pagi      : Bacaan Doa
                                  : Taklimat Nilam
                                  : Penyampaian Sijil Nilam (Tahap NILAM)
                                  : Ucapan Pelancaran Program Nilam SKDS 2013
                                    En. Alias b. Mohd Ariff ( Guru Besar)
                                  : Nyanyian Lagu Nilam
                                  : Bersurai
                       
11.          PENUTUP
Semoga dengan adanya majlis pelancaran ini dapat menyemarakkan lagi minat murid untuk menyertai Program NILAM serta dapat menjadikan ”Membaca Sebagai Satu Amalan”.


Disediakan oleh ,                                                                                    Disahkan oleh,


......................................                                                                              ..................................................
(PN.SHARIFAH NORLILA BT.SYED DAMANHURI)                        (EN. ALIAS B. MOHD ARIFF)
Setiausaha,                                                                                              Guru Besar
Majlis Pelancaran Program NILAM                                                     















LAGU NILAM

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan w
awasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi

NILAM, NILAM anugerah NILAM
Menerangi Jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya

             Membaca dan belajar amalan hidup mulia
             Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
             Dunia indah sekali pasti lebih berseri
             Amalan membaca menjana minda bestari

No comments:

Post a Comment